Wednesday 7 December 2011

Pengelasan Perpuluhan Dewey atau Dewey Decimal Classification

Pengelasan Perpuluhan Dewey atau Dewey Decimal Classification (juga dikenali sebagai “DDC”) merupaka pengelasan bahan perpustakaan yang dibina oleh Melvil Dewey pada 1878. DDC merupakan sistem pengelasan buku dan lain-lain bahan perpustakaan yang menggunakan sepuluh kelas pengetahuan utama.

Sistem Pengelasan DDC
000-099 Karya am
100-199 Falsafah & psikologi
200-299 Agama
300-399 Sains kemasyarakatan
400-499 Bahasa
500-599 Sains tulen & matamatik
600-699 Teknologi
700-799 Kesenian
800-899 Kesusasteraan
900-999 Geografi & sejarah


 
                                              Melvil Dewey pengasas DDC
                    Melvil Dewey (1851-1931) merupakan pelopor atau individu yang 
                    bertanggungjawab mencipta DDC untuk buku pada 1876.






Apakah Literasi Maklumat (Information Literacy)

Definisi literasi
- Mempunyai pengetahuan yang secukupnya untuk menggunakan sesuatu.

Definisi Maklumat
- Data yang telah diolah atau digubal untuk memberi makna kepada pengguna
yang menggunakannya. Maklumat merupakan cetusan idea, pendapat pengertian, fakta
atau pengetahuan baru yang dikemukakan untuk kegunaan pengguna semua.

Maksud Literasi Maklumat
- Literasi Maklumat adalah suatu kemahiran yang digunakan untuk mencari maklumat tertentu yang diperlukan dan merangkumi kebolehan mencari dan memperolehi maklumat dalam apa jua format serta mengggunakan maklumat tersebut secara aktif. Ia juga boleh didefinisikan sebagai keupayaan untuk mengakses dan menilai maklumat bagi membantu membuat pemilihan dan penyelesaian masalah secara efektif.

Information Literacy
Is a set of abilities requiring individuals to " recognize when information is needed and have the ability to locate,evaluate, and use effectively the needed information"

(ALA,1989)

To be "Information literate" you need to know why,when and how to used printed books and magazines, as well as online library database,electronic magazines and web pages.

Dilema Pusat Sumber Sekolah sekarang

* PSS hanya digunakan sebagai tempat untuk membuat bacaan ringan.
* Penggunaan tidak diintergrasikan dengan kurikulum dan tidak membantu
pencapaian akedemik.
* Penggunaan sumber dan PSS tidak disepadukan dalam mata pelajaran.
* Penggunaan media hanya sebagai ABM.

Saturday 5 November 2011

Assalamualaikum kepada semua rakan-rakan PGG-PJJ 2011. Diharap rakan-rakan sudilah kiranya melayari laman blog saya iaitu Pusat Sumber Sekolah: sekolahku. Silalah beri komen dan jadilah follower saya.